Wednesday, 10 June 2015

Cloth Pads Guideline - Berapa banyak cloth pads kena beli?

Assamualaikum dan Selamat Sejahtera.

Alhamdulillah, Allah temukan saya dengan Cloth Pad iaitu pad kain moden. Dah lebih 5 tahun saya jadi pengguna. Memang puas hati dan cintakan pad kain ni. Lagi² brand Momiji Natural. Dari pengedar yang beli untuk pakai² sendiri dan jualan runcit sikit². Kini, saya mahu lebih komited nak ramai² tahu tentang kebaikan pad kain ni. In shaa Allah, bakal menjadi pengedar tunggal untuk Momiji Natural Asia. Amin.

Ok, bagi yang baru berjinak-jinak dengan pad kain ni, saya nak ajar sikit untuk ramal berapa banyak pad yang kita perlukan untuk satu cycle period. Yang mana, beli sekaliarung pun boleh, nak beli sikit² sampai cukup pun boleh. Yang penting, beli sekali je. Pastu boleh guna sampai 5-6 tahun atau sehingga pad tak boleh digunakan lagi.

#1. Anggar berapa kali anda tukar pad pakai buang dalam sehari (siang).

Bila haid datang, kira pad yang anda pakai dan tukar ketika heavy flow, moderate flow & light flow.

Jika siang hari anda pakai 3-5 keping, pastikan anda ada 2 set (6-10pcs) cloth pads. So bila dah pakai 5 keping hari ni, balik rumah, basuh dan sidai, ada 1 set (3-5pcs) lagi untuk hari esoknya. Yang sidai tadi boleh pakai untuk lusa.

#2. Waktu malam semasa tidur.

Untuk malam hari² heavy, boleh pakai Night 31cm atau Super Long 40cm. Kira berapa hari anda selalu heavy. Untuk saiz ni, jika pakai untuk malam sahaja, cukup 1-2 pcs je. Sebab bangun esok pagi terus basuh & sidai. Malam esoknya boleh pakai semula dah..

#3. Bilangan saiz.

Ikut period anda. Kalau waktu heavy, berapa keping pakai pad yang saiz besar. Kalau period jenis heavy yang lama, anda perlukan lebih pad saiz besar seperti large, night & super long. Tapi kalau 2-3 hari je yang aliran banyak, kurang sikit cloth pad yang diperlukan.

Basically, cuma darabkan je berapa keping dispo pad anda pakai dengan 2 atau 3 ikut hari period anda. Kalau period tak lama dan tak heavy, darab 2 je pun dah cukup. Kalau period lama dan selalu heavy, darab 3.

#4. Keputihan.

Lepas waktu period, kita akan ada keputihan yang menandakan kita sedang subur. Boleh kira berapa hari keputihan tu. Biasa 2-4 keping pantyliner dah cukup dah. Pantyliner ni takde waterproof lining tau. So sesuai untuk keputihan je supaya tak kena panties. Kalau masa light flow/tompok² akhir period tu, saya suggest guna small pad size. Ada waterproof lining in case tetiba period banyak balik. Sesetengah orang macam tu..

Actually..
Tak salah pun beli sikit² dan sesuaikan dengan flow period kita. Kalau rasa tak cukup, boleh tambah lagi..

Untuk pemakaian semasa luar rumah, saya cadangkan anda sesuaikan diri dengan cloth pads di rumah dahulu. Check berapa keping pakai, berapa kali tukar. Bila dah biasa, senang je nak guna bila berada di luar rumah. Jangan lupa beli zipper purse untuk mudahkan kita tukar pad dan simpan pad yang dah pakai..

Itu sahaja setakat ni..

Mahu info lanjut?

WhatsApp 0139980486. Saya sedia membantu anda.

Add friend facebook saya - Zainor Nasrah.

Review: Momiji Cloth Pads - Elak elergik, tahan sehingga 5 tahun, tahan bocor dan mesra alam.

Assalamualaikum dan selamat petang.
Masa mula-mula saya tahu tentang Cloth Pad/Pad Kain (CP) ni adalah ketika saya sibuk jual CD (Cloth Diapers) dulu-dulu. Emm, lebih 5 tahun yang lalu. Masa tu memang tak ramai tahu tentang CD apatah lagi CP ni. Seriously memang jatuh hati!
Saya pun beli sikit untuk cuba try. Cukuplah untuk 1 cycle period saya. Lama dah. Kini saya kembali untuk restock CP saya. Wow, 5 tahun jangka hayat CP saya. Itupun hanya separuh je kena ganti. Yang lain semua masih elok dan tahap penyerapan yang masih baik! Memang JIMAT!

Saiz Night 13"


Sebenarnya yang paling saya suka tentang pad kain ni adalah sebab ia SELESA. Saya jenis mudah elergik dengan pad pakai buang. Selalu jadi gatal-gatal. Kadang sampai luka garu. Huhu. Bila guna pad kain ni, Alhamdulillah, suka sangat sebab tak de gatal-gatal tu.


Masa mula-mula pakai CP ni risau gak kot kot bocor atau tembus. Tapi sangkaanku meleset. Jarang sangat tembus kecuali bila pakai pad kecik masa flow banyak atau pakai pad lama sangat. Lupa nak tukar sebab ----- again, SELESA sangat. Memang setanding disposable pads daya serapan dia. Kenapa tak tembus? Sebab ada wings dan juga lapisan PU yang kalis air kat bahagian bawah, dalam pad kain ni. Cuma liners je takde lapisan ni.. Dalam pad kain ni juga ada kain penyerap lagi. Tak tebal, tapi ia cukup kuat menyerap haid/nifas secara semulajadi.


Kenapa saya suka Cloth Pads ni sangat? Lagi, sebab ia tahan lasak. Koleksi pad kain saya sikittt je. So, maksudnya, saya akan kerap gunakan pad yang sama. Bila basuh, kering, pakai balik. Bila macam ni, sebenarnya memendekkan jangka hayat pad kain kita. Yelah, macam baju jugak, baju yang kita asyik pakai, mesti cepat koyak atau lusuh. Kan kan. Pad kain ni 100% kain cotton bermutu yang tebal. Jadi, tak mustahil ia akan koyak atau lusuh beberapa tahun. Jangkaannya 3-5 tahun. Memang betul, lepas 5 tahun ada beberapa CP saya yang koyak. Tapi ada juga yang masih elok. See, 5 years babe! Saya dah jimat beribu ringgit sebab guna cloth pads bukan disposable pads.


Saya ada juga beli pad kain jenama lain. Tapi tak se best brand Momiji Natural. Cloth Pads Momiji ni sangat CANTIK. Jahitan KEMAS. Ada jahitan bahagian atas pad kain supaya mudah serap. Pastu ngam-ngam je dengan panties kita. Tak bulky langsung. Nipis dan selesa. Tapi serapan POWER! Jenis kain pun saya suka. Saya mula guna tahun 2010. Sampai sekarang, kain tak berbulu, warna patterns & prints dia masih ceria & cantik. Kadang tak sangka dah lebih 5 tahun rupanya.


Sedar tak sedar, saya sangat sukakan yang semulajadi. Sebab tu saya pilih Cloth Diapers (Lampin Lain Moden) untuk anak-anak saya, pilih Shaklee sebagai makanan tambahan dan Cloth Pads untuk kegunaan saya.


Dan jenama yang saya suka ------ Momiji Natural Cloth Pads.


Ramai yang tak tahu yang sebenarnya disposable pads kita tak lah sebersih mana. Nampak bersih. Tapi sebenarnya ada bahan kimia dan gel yang menyerap tu yang boleh menyebabkan kanser untuk jangka masa panjang. Yes, cancer does not grow within a day. Dengan pad kain ni, in shaa Allah selamat dan sangat mudah dibersihkan. Darah sangat senang hilang dan tak berbau. Yang buatkan disposable pads berbau adalah disebabkan gel dan bahan dalam pad itu sendiri. Betul, pad kain memang senang bilas & tiada bau apatah lagi kesan "stains" darah.


Ada juga yang tanya. Tak pe ke pakai sampai 5 tahun. Bakteria ke apa. Sebab tu siapa yang beli dengan saya, saya akan ajar satu persatu cara guna dan jaga. In shaa Allah elok sampai lebih 5 tahun. Saya cerita sikit ye. Tahukah anda, cahaya matahari adalah anti-bakteria semulajadi? Ya, sidai sahaja bawah matahari, pad kain anda kering sempurna, tiada bakteria.


Terbuktikan, mak-mak nenek-nenek kita dulu pun pakai kain. Baik-baik sahaja kan? Cumanya pad kain moden ni berbentuk macam pad pakai buang, ada lapisan anti bocor yang menyebabkan ianya pilihan generasi moden.


Kalau ikut kira-kira, kan.. Kita pakai lebih 4000 pad pakai buang dalam masa 10 tahun. Tu seorang wanita. Berapa ramai wanita kat dunia kan. Berapa banyak lagi yang tertimbun tak boleh dilupuskan. Percayalah, dengan cloth pads, kita telah memilih untuk menjaga bumi.. Weeee.. Superwomen save the earth!


Momiji Natural ini ada pelbagai saiz untuk disesuaikan mengikut aliran period kita. Pelbagai prints dan patterns juga untuk penuhi citarasa tersendiri.
Berminat nak cuba pad kain ini? Saya sedang buka group khas dengan diskaun hebat. Sehingga 35%. Ada pelbagai pakej untuk keperluan anda..

-------------

WhatsApp 0139980486 atau email zainornasrah@gmail com untuk saya beri penerangan beserta gambar lengkap.
Ship to Asean Region - Malaysia, Brunei & Singapore.

Review: Momiji Natural Cloth Pad - Zipper Purse.

Salam & Hi Everyone..

Saya baru terima stok baru last week. Beli zipper purse untuk diri sendiri. Disebabkan terlalu excited, saya cuba masukkan fresh cloth pads dalam tu untuk tengok berapa pcs yang muat & macam mana waterproof lining dia. Saya cerita satu-satu ya.

#1. Compartment.

Zipper purse ni ada satu zip sahaja. Bila buka zip dalam keadaan purse ini berlipat, ada dua bahagian poket, kiri dan kanan. Bahagian hadapan pula ada lagi satu open pocket tanpa zip atau pun velcro fastenings.

#2. Waterproof lining.

Bahagian dalam zipper purse ni ada lining kain putih yang kalis air. So kalau letak kat bahagian dalam purse ni used cloth pads, in shaa Allah tak basah purse & handbag kita.

#3. Capacity.

Saya dah cuba, satu bahagian poket muat 1 night pad atau night super long pad. Jika pad saiz lain, muat 2 pcs each pocket. Bahagian luar berpoket yang tiada waterproof lining tu sesuai letak fresh new cloth pad atau used cloth pantyliner or small cloth pad yang tak basah.

So, 1 zipper purse ni memang cukup untuk kegunaan satu hari semasa di pejabat, sekolah mahupun ketika jalan² di hujung minggu.

#3. Rekabentuk menarik.

Biasa nak pergi toilet awam, leceh nak bawak handbag masuk tandas kan. Mungkin juga ada quran ke atau benda² lain yang tak sesuai di bawa masuk toilet. Zipper bag ni sangat sesuai digunakan. Boleh letak cloth pad bersih, lepas tukar, boleh letak cloth pad yang dah dibilas/dibasahkan dengan air supaya ia senang nak basuh bila balik rumah nanti..

Lagi satu, purse ni menarik sangat buatkan orang tak perasan pun kita bawak pad rupanya. Ada tali strap untuk gantung kat tangan buatkan zipper purse ni handy sangat.

#4. Muat letak sabun cecair.

Zipper bag ni pun muat nak letak sabun cecair paket kecil dalam botol 50ml - 100ml. So senang boleh bilas terus. Sampai rumah nanti basuh sikit je lagi boleh terus sidai..

Sebenarnya tak susah mana pun nak handle cloth pad ni. Dan semestinya lagi baik dari guna pad disposable. Biasanya, pad pakai buang ni susah nak dibilas. Takkan nak buang mcm tu je kan. Mesti bilas dulu baru buang. Pastu sebenarnya, pad pakai buang ni berbau sikit. Kalau pakai cloth pad (pad kain) ni, darah bau fresh. Tak sebusuk kalau pakai dispo pads.

Bila guna cloth pads ni, kita akan lebih bertanggungjawab. Boleh kurangkan kes pad buang dalam jamban sampai tersumbat, pad tak basuh dah buang dan pad² yang dijumpai merata-rata. Lagi, takyah risau masuk toilet awam tengok² tong sanitary pad da penuh.

Sekian, review zipper purse. Tapi berlarutan sampai review cloth pads sekali. Hehe.

-----> Nak dapatkan Zipper Purse harga istimewa?

WhatsApp 0139980486.

Ship to Asean Region - Malaysia, Singapore &  Brunei.

Saturday, 6 June 2015

Cloth Pad: Pad Kain Mudah Basuh, Selesa, Tahan Bertahun dan Elak Elergik - Pengalaman Sendiri.

Assalamualaikum dan selamat petang.
Masa mula-mula saya tahu tentang Cloth Pad/Pad Kain (CP) ni adalah ketika saya sibuk jual CD (Cloth Diapers) dulu-dulu. Emm, lebih 5 tahun yang lalu. Masa tu memang tak ramai tahu tentang CD apatah lagi CP ni. Seriously memang jatuh hati!
Saya pun beli sikit untuk cuba try. Cukuplah untuk 1 cycle period saya. Lama dah. Kini saya kembali untuk restock CP saya. Wow, 5 tahun jangka hayat CP saya. Itupun hanya separuh je kena ganti. Yang lain semua masih elok dan tahap penyerapan yang masih baik! Memang JIMAT!

Sebenarnya yang paling saya suka tentang pad kain ni adalah sebab ia SELESA. Saya jenis mudah elergik dengan pad pakai buang. Selalu jadi gatal-gatal. Kadang sampai luka garu. Huhu. Bila guna pad kain ni, Alhamdulillah, suka sangat sebab tak de gatal-gatal tu.

Masa mula-mula pakai CP ni risau gak kot kot bocor atau tembus. Tapi sangkaanku meleset. Jarang sangat tembus kecuali bila pakai pad kecik masa flow banyak atau pakai pad lama sangat. Lupa nak tukar sebab ----- again, SELESA sangat. Memang setanding disposable pads daya serapan dia. Kenapa tak tembus? Sebab ada wings dan juga lapisan PU yang kalis air kat bahagian bawah, dalam pad kain ni. Cuma liners je takde lapisan ni.. Dalam pad kain ni juga ada kain penyerap lagi. Tak tebal, tapi ia cukup kuat menyerap haid/nifas secara semulajadi.

Kenapa saya suka Cloth Pads ni sangat? Lagi, sebab ia tahan lasak. Koleksi pad kain saya sikittt je. So, maksudnya, saya akan kerap gunakan pad yang sama. Bila basuh, kering, pakai balik. Bila macam ni, sebenarnya memendekkan jangka hayat pad kain kita. Yelah, macam baju jugak, baju yang kita asyik pakai, mesti cepat koyak atau lusuh. Kan kan. Pad kain ni 100% kain cotton bermutu yang tebal. Jadi, tak mustahil ia akan koyak atau lusuh beberapa tahun. Jangkaannya 3-5 tahun. Memang betul, lepas 5 tahun ada beberapa CP saya yang koyak. Tapi ada juga yang masih elok. See, 5 years beb! Saya dah jimat beribu ringgit sebab guna cloth pads bukan disposable pads.

Saya ada juga beli pad kain jenama lain. Tapi tak se best brand Momiji Natural. Cloth Pads Momiji ni sangat CANTIK. Jahitan KEMAS. Ada jahitan bahagian atas pad kain supaya mudah serap. Pastu ngam-ngam je dengan panties kita. Tak bulky langsung. Nipis dan selesa. Tapi serapan POWER! Jenis kain pun saya suka. Saya mula guna tahun 2010. Sampai sekarang, kain tak berbulu, warna patterns & prints dia masih ceria & cantik. Kadang tak sangka dah lebih 5 tahun rupanya.

Sedar tak sedar, saya sangat sukakan yang semulajadi. Sebab tu saya pilih Cloth Diapers (Lampin Lain Moden) untuk anak-anak saya, pilih Shaklee sebagai makanan tambahan dan Cloth Pads untuk kegunaan saya.

Dan jenama yang saya suka ------ Momiji Natural Cloth Pads.




Ramai yang tak tahu yang sebenarnya disposable pads kita tak lah sebersih mana. Nampak bersih. Tapi sebenarnya ada bahan kimia dan gel yang menyerap tu yang boleh menyebabkan kanser untuk jangka masa panjang. Yes, cancer does not grow within a day. Dengan pad kain ni, in shaa Allah selamat dan sangat mudah dibersihkan. Darah sangat senang hilang dan tak berbau. Yang buatkan disposable pads berbau adalah disebabkan gel dan bahan dalam pad itu sendiri. Betul, pad kain memang senang bilas & tiada bau apatah lagi kesan "stains" darah.

Ada juga yang tanya. Tak pe ke pakai sampai 5 tahun. Bakteria ke apa. Sebab tu siapa yang beli dengan saya, saya akan ajar satu persatu cara guna dan jaga. In shaa Allah elok sampai lebih 5 tahun. Saya cerita sikit ye. Tahukah anda, cahaya matahari adalah anti-bakteria semulajadi? Ya, sidai sahaja bawah matahari, pad kain anda kering sempurna, tiada bakteria.

Terbuktikan, mak-mak nenek-nenek kita dulu pun pakai kain. Baik-baik sahaja kan? Cumanya pad kain moden ni berbentuk macam pad pakai buang, ada lapisan anti bocor yang menyebabkan ianya pilihan generasi moden.

Kalau ikut kira-kira, kan.. Kita pakai lebih 4000 pad pakai buang dalam masa 10 tahun. Tu seorang wanita. Berapa ramai wanita kat dunia kan. Berapa banyak lagi yang tertimbun tak boleh dilupuskan. Percayalah, dengan cloth pads, kita telah memilih untuk menjaga bumi.. Weeee.. Superwomen save the earth!

Momiji Natural ini ada pelbagai saiz untuk disesuaikan mengikut aliran period kita. Pelbagai prints dan patterns juga untuk penuhi citarasa tersendiri.

Berminat nak cuba pad kain ini? Saya sedang buka group khas dengan diskaun hebat. Sehingga 35%. Ada pelbagai pakej untuk keperluan anda..

-------------

WhatsApp 0139980486 atau email zainornasrah@gmail com untuk saya beri penerangan beserta gambar lengkap.

Tuesday, 17 June 2014

Set Mengandung Shaklee Amalan pemakanan seimbang dan lengkap buat bayi yang dikasihi

Assalamualaikum & selamat sejahtera buat Ibu-ibu yang banyak berkorban. Saya mulakan dengan sekalung TAHNIAH atas kehamilan anda. Baik buat pertama kali mengandung, atau yang sudah beberapa kali hamil. Anda semua layak untuk mendapat yang terbaik dari SET MENGANDUNG SHAKLEE / SET KEHAMILAN SHAKLEE untuk sepanjang tempoh KEHAMILAN anda. Anda semua ibu yang hebat! 
Kelahiran yang dinanti
In shaa Allah, saya akan menjawab pertanyaan yang biasa diutarakan oleh ibu hamil berkenaan set kehamilan Shaklee dan juga tentang kehamilan secara umum.
  1. Benarkah ibu yang mengandung sering morning sick, anemia, alah dengan bau dan macam-macam lagi?
  2. Apakah yang perlu diambil oleh ibu hamil bagi memastikan mereka sihat dan perkembangan bayi sempurna?
  3. Bagaimana Ibu mengandung mendapatkan nutrisi yang baik & lengkap untuk kehamilan mereka?
  4. Mengapa setiap klinik membekalkan pelbagai jenis vitamin kepada ibu hamil?
  5. Mengapa Set Kehamilan Shaklee merupakan vitamin terbaik & lengkap buat ibu mengandung?
  6. Apakah kebaikan set mengandung Shaklee ini kepada ibu hamil & juga bayi dalam kandungan?
  7. Berapakah Harga Set Kehamilan Shaklee yang lengkap? 
  8. Bagaimanakah cara pengambilan Set Mengandung Shaklee? 
In shaa Allah, saya akan terangkan satu persatu tentang semua soalan di atas buat semua ibu hamil yang sentiasa diberkati oleh Allah.  :) Pastikan anda membaca sehingga habis untuk memastikan anda mendapat info berguna untuk memastikan kehamilan yang sihat.
Nutrisi TERBAIK untuk ibu hamil

Bagi yang mahu bercakap terus dan mendapat khidmat nasihat secara personal, boleh berhubung dengan saya melalui Facebook, Zainor Nasrah dan juga melalui telefon, 0139980486. In shaa Allah, saya akan membantu anda sebaik mugnkin.
Sambung semula dengan persoalan yang diutarakan sebentar tadi.

1. Benarkah ibu yang mengandung sering morning sick, anemia, alah dengan bau dan macam-macam lagi?

Mengandung adalah satu proses KEHAMILAN yang panjang buat semua ibu hamil. Namun, tidak semua ibu sama. Ada sebahagiannya mendapat sesetengah dari perkara lazim di bawah. Ada juga yang tiada apa-apa masalah sepanjang tempoh KEHAMILAN. Malah, ada juga yang mengalami masalah sehingga bersalin. Berikut adalah perkara biasa yang mungkin dialamani oleh IBU MENGANDUNG.
Alahan semasa hamil

  1. Alahan teruk seperti morning sickness yang biasanya terjadi di awal kehamilan.
  2. Selera makan yang berubah sama ada semakin kuat makan atau semakin tiada selera makan mahupun yang teringin mengambil makanan tertentu.
  3. Muntah & loya juga mungkin biasa bagi ibu hamil sama ada di awal kehamilan mahupun sehingga ke hujung proses mengandung.
  4. Ada juga ibu mengandung yang berasa amat malas dan mudah letih. Namun, ada juga yang semakin rajin apabila tiba waktu hamil.
  5. Perubahan mood yang ketara mungkin berlaku kepada ibu yang sedang mengandung sama ada mudah marah, cepat merajuk, sayu hati, cepat rasa mahu menangis ataupun mudah terasa hati dengan pasangan & orang sekeliling.
  6. Ada juga ibu-ibu yang tidak dapat menahan bau pasangan masing-masing ketika mengandung.
  7. Semakin besar usia kandungan, semakin tinggi risiko ibu HAMIL mendapat anemia di mana paras Haemoglobin (HB) adalah di bawah paras selamat bagi ibu hamil --> 11.
Anemia, boleh membawa maut
Dalam banyak-banyak perkara yang menjadi kelaziman ibu mengandung, ANEMIA ketika hamil merupakan perkara yang paling perlu dititikberatkan. Ianya boleh MEMBAWA MAUT! 


Namun, hampir semua masalah seperti di atas boleh dielakkan dengan mendapatkan nutrisi lengkap yang diperlukan badan. Ibu hamil juga mesti mendapat rehat yang cukup serta kuantiti air kosong yang mencukupi untuk keperluan tubuh. Pada saat ini, sokongan suami amatlah diperlukan dalam memudahkan proses kehamilan ibu-ibu. In shaa Allah, Allah sentiasa bersama-sama ibu hamil dan seluruh makhluk mendoakan kesejahteraan anda sepanjang masa mengandung.

.
Set Kehamilan Shaklee membantu melengkapkan nutrisi buat ibu mengandung

2. Apakah yang perlu diambil oleh ibu hamil bagi memastikan mereka sihat dan perkembangan bayi sempurna?
Pemakanan buat ibu mengandung amat perlu diambil serius oleh setiap pasangan suami isteri. Pelbagai makanan yang perlu diambil dalam kuantiti yang banyak, juga sesetengah jenis makanan yang perlu diambil sedikit serta makanan dan minuman yang perlu dielakkan semasa hamil. Semoga gambar di bawah membantu ibu-ibu memilih makanan setiap hari sepanjang proses kehamilan.
Makanan sihat buat ibu hamil
Secara amnya, ibu hamil perlu melebihkan pengambilan buah dan sayur-sayuran sepanjang kehamilan juga semasa meyusukan bayi. Separuh dari pinggan mesti dipenuhi dengan makanan seperti serat & sayur hijau untuk mencegah anemia, sembelit dan mengelakkan diri dari mengambil makanan yang tidak sihat. Sebahagian pinggan lagi untuk karbohidrat bagi tenaga serta sebahagian yang lain adalah untuk sumber protein bagi membina sel tubuh.

3.Bagaimana Ibu mengandung mendapatkan nutrisi yang baik & lengkap untuk kehamilan mereka?

Ibu mengandung memang amat perlu menjaga pemakanan mereka kerana mereka bukan sahaja makan untuk diri sendiri, malah, untuk bayi yang dikandung. Namun, ramai wanita hari ini adalah bekerjaya juga tidak mempunyai masa yang banyak untuk menyediakan pelbagai jenis makanan bagi memenuhi kepelruan nutrisi harian.

Carta pai makanan buat ibu mengandung
  1. Telur  - Mengandungi 12 vitamin dan mineral penting di samping  protein yang amat diperlukan untuk pertumbuhan janin.
  2. Ikan Laut Dalam (Salmon, Kod, Mackerel) - Kaya dengan Omega 3 yang amat diperlukan oleh bayi untuk pertumbuhan otak. Ibumahukan baby yang pintar genius? Inilah masanya untuk makan ikan sebanyak-banyaknya untuk dapatkan DHA :)
  3. Kekacang – Selain kaya dengan protein, kacang turut mengandungi fiber yang tinggi yang mengelakkan masalah sistem pencernaan seperti sembelit dan angin
  4. Sayur Berdaun Hijau – Sumber Vitamin penting dan juga asid folik yang amat diperlukan oleh Ibu Mengandung. Malah kaya dengan fiber untuk kesihatan sistem penghadaman.
Pelbagai lagi makanan lain yang berkhasiat yang baik untuk ibu hamil. Pastikan Ibu mengambil makanan tersebut mengikut cadangan piramid makanan untuk Ibu Mengandung di bawah :

4. Mengapa setiap klinik membekalkan pelbagai jenis vitamin kepada ibu hamil?

Ibu hamil memerlukan lebih nutrisi berbanding biasa. Namun, cara penyediaan makanan masa kini banyak menyebabkan kandungan nutrisi berkurang dan luput dari makanan. Hasilnya, ibu-ibu tidak mendapat khasiat yang mencukupi serta mudah letih dan tidak bertenaga. Pakar juga menyarankan ibu-ibu untuk mengambil vitamin sebagai makanan tambahan bagi memenuhi keperluan nutrisi tubuh untuk bayi yang dikandung dengan susah payah.

Pakar mencadangkan vitamin untuk menampung keperluan nutrisi tubuh


Inilah puncanya mengapa Ibu Hamil mudah mendapat masalah kurang zat dan anemia. Bukan kerana tidak cukup makan tetapi kerana makanan yang di makan mengandungi zat yang sedikit akibat rosak semasa penyediaan.
Justeru untuk membantu tubuh memenuhi keperluan zat semasa mengandung, dokor telah memberikan pil Vitamin untuk Ibu Hamil.
Sayangnya ramai ibu hamil yang mengadu tidak tahan dengan bau pil vitamin klinik. Ini mungkin kerana vitamin tersebut dihasilkan secara tiruan dan bukan dari tumbuhan semula jadi.. Bahan tiruan untuk bayi anda yang berharga itu? Hmm..

5. Mengapa Set Kehamilan Shaklee merupakan vitamin terbaik & lengkap buat ibu mengandung?

Set kehamilan Shaklee lengkap dengan sumber protein NON-GMO yang amat baik untuk memastikan pertumbuhan bayi yang sihat. Ia juga menyokong penyusuan susu ibu selepas melahirkan.

Set Mengandung Shaklee

Vitamin C juga merupakan vitamin penting untuk penyerapan zat besi dan asid folic.
Kepentingan Vita C Shaklee


Vitamin B tidak dapat dihasilkan oleh tubuh, jadi amat penting untuk ibu-ibu dapatkannya melalui makanan. Dalam Set Mengandung & Hamil Shaklee, vitamin B lengkap ini ada untuk keperluan ibu hamil.

Kepentingan Vitamin B Shaklee

 Zat besi antara vitamin penting dalam proses kehamilan. Penting untuk ibu & juga bayi. Keguguran mungkin berlaku sekiranya si ibu memiliki darah yang kurang pekat. Kelahiran bayi pramatang juga mungkin disebabkan oleh ibu yang menghadapi anemia.

Risiko kekurangan zat besi
 In shaa Allah, set Mengandung Shaklee / Set Kehamilan Shaklee lengkap dengan semua nutrien penting untuk perkembangan bayi yang optimum.

6. Apakah kebaikan set mengandung Shaklee ini kepada ibu hamil & juga bayi dalam kandungan?

Setiap Ibu Mengandung pasti mahukan bayi dalam kandungannya mendapat khasiat yang terbaik untuk pembesaran yang sempurna dan pertumbuhan otak yang cemerlang. Set Mengandung Shaklee memenuhi kesemua keperluan Ibu Hamil dengan rangkaian produknya.

Set kehamilan Shaklee yang lengkap dengan nutrien asas

1) Vita-Lea® Iron Formula (Multivitamin)
VitaLea, multivitamin pertama dunia

  • Vitalea adalah multivitamin yang lengkap dengan 28 jenis vitamin dan mineral.
  • Zat besi dalam Vita-lea dapat membantu ibu menambah zat besi kerana kebiasaannya ibu mengandung dan menyusu kekurangan zat besi dan jika tidak ditampung boleh menyebabkan ibu mudah pitam, lesu, kurang daya ingatan dan kurang konsentrasi.
2) Sustained Release Vita-C
Sustained Release Vita-C yang luar biasa

  • Sebagai antioksidan, membantu meningkatkan sistem imunisasi badan ibu dan bayi dan menjadikan kulit lebih cantik. Membantu Penyerapan iron – kalau tak cukup Vitamin C, makanlah Iron berdozen-dozen. Takkan diserap oleh  badan pun.. :(

3) B-Complex
Vitamin B untuk Baby & Beauty

  • Lengkap dengan 8 kumpulan Vitamin B yang diperlukan oleh tubuh badan demi membantu tubuh badan bertenaga, otak lebih fokus, emosi lebih stabil dan wajah berseri. B complex juga vitamin anti stress. Jadi bila tiada stress, penghasilan susu lebih baik.

4) Energizing Soy Protein Isolate Powder (ESP)
ESP, sumber protein terbaik

  • Antara komposisi utama dalam susu ibu ialah protein. Protein adalah makanan sel. Protein berfungsi mengekalkan pertumbuhan normal dan pemeliharaan tisu.
  • Protein juga mengawal atur keseimbangan bendalir dalam badan.
  • Pembinaan hormon, enzim dan antibodi memerlukan protein. Selain itu protein dikatakan membantu mengawal keseimbangan asid bes untuk mengangkut nutrien dan sumber tenaga.
  • ESP memberi tenaga berkekalan untuk ibu selama berjam-jam lamanya. Selain itu ESP membantu ibu memperolehi kesan yang optimum untuk pengambilan vitamin-vitamin lain. Kulit juga menjadi lebih licin, gebu dan anjal.
5) Ostematrix (Calcium & Magnesium)
OsteMatrix, bukan sekadar Kalsium

  • Dalam susu ibu, antara komposisi mineral yang tinggi ialah kalsium.
  • Kalsium penting untuk bina darah, bina tulang, gigi dan saraf dalam tubuh manusia. Bagi ibu yang mengandung atau menyusu, pengambilan kalsium tidak boleh dipandang remeh.
  • Bagi ibu2 yang tidak menjaga dan mementingkan pengambilan kalsium dalam diet harian, maka kalsium untuk penghasilan susu ibu akan diserap dari yang sedia dalam tubuh ibu.
  • Jika perkara ini berlarutan dan si ibu tidak menggantikan semula kalsium ini maka si ibu tadi akan mengalami risiko osteoporosis, rasa sengal kaki dan tulang belakang, mudah letih dan lesu serta muka menampakkan garisan tua.
  • Pengambilan Ostematrix juga dapat membantu ibu yang mengalami masalah susu merudum ketika period.
6) OmegaGuard (EPA & DHA)
Minyak ikan dengan penyulingan tiga molekul yang selamat & sihat

  • DHA adalah asid lemak perlu yang dijumpai dalam badan kita terutama pada otak.
  • DHA adalah sangat penting dalam perkembangan otak, serta aspek-aspek lain perkembangan janin. DHA juga asid lemak utama yang ditemui dalam retina mata, serta organ-organ badan yang lain.
  • Bayi tidak mampu menghasilkan DHA mereka sendiri, mereka memperoleh DHA daripada susu ibu. Sebelum mereka dilahirkan, DHA didapati dari ibu melalui plasenta. Dengan itu, ibu akan mengalami kekurangan DHA.
  • Pakar mencadangkan supplement Omega 3 kepada ibu-ibu yang mengandung dan ibu-ibu yang menyusu. Ini adalah untuk menambah DHA untuk perkembangan fetus dan untuk mengekalkan kuantiti DHA untuk diri ibu sendiri.
Pengambilan nutrisi yang lengkap dan berkhasiat sepanjang kehamilan adalah kunci utama kepada :
  1. Perkembangan otak dan minda bayi yang sempurna
  2. Perkembangan bayi yang sihat
  3. Pencegahan baby dari mendapat jaundice.
 Perkembangan Otak Bayi dalam kandungan amat memerlukan nutrisi ibu yang baik. Keberkesanan Set Mengandung Shaklee dalam menangani dan membantu mengatasi masalah lazim Ibu Hamil terbukti melalui pelbagai sharing dan perkongsian dari ibu-ibu Hamil yang telah menggunakannya.
Set Mengandung Shaklee untuk masalah sembelit

 Dan lagi ibu mengandung yang berpuas hati dalam meningkatkan paras HB semasa hamil.
Set Mengandung Shaklee untuk masalah anemia, HB rendah

7. Berapakah Harga Set Kehamilan Shaklee yang lengkap? 
Harga Set Mengandung Shaklee adalah berdasarkan pakej yang anda pilih.
Jika anda memilih Set Mengandung Basic: 
  • Vita Lea (Tahan 4 bulan)*
  • Vitamin C (Tahan 6 bulan)*
  • B Complex (Tahan 4 bulan)*
  • Ostematrix (Tahan 1 bulan)*

*Anggaran.
Harga set Shaklee semasa mengandung adalah RM294 untuk kegunaan sehingga 6 bulan. Secara kasar, hanya RM3.70 sehari untuk manfaat ibu mengandung dan anak si permata hati itu. Apalah sangat tiga ringgit tujuh tu kan?? 
Seorang ibu ni kalau boleh, diri sendiri sakit takpe, asal yang terbaik untuk anak. Pasti nilai RM3.70 sehari tu kecil sangat nak dibandingkan kebaikan buat si manja anda.
Sebab itu biasanya, ibu yang mahukan yang terbaik buat kandungannya, mereka memilih set yang lengkap dengan ESP & Omega sekali.
  • ESP Soy Protein RM150 (Tahan 1-2 bulan)*
  • Omega RM136 (Tahan 3 bulan)*
*Anggaran.
Buat ibu yang berkeinginan sangat nak memberi yang terbaik kepada bayi yang dikandungkan dengan susah payah itu dan nak dapatkan Set Mengandung Shaklee yang paling lengkap dan mantap untuk kebaikan bayi yang dikandung, hubungi saya di Facebook: Zainor Nasrah atau call mahupun WhatsApp saya di 0139980486 untuk mendapatkan Set Mengandung Shaklee yang TERBAIK dengan konsultasi TIP TOP khas untuk anda.
8. Bagaimanakah cara pengambilan Set Mengandung Shaklee? 
Oleh kerana setiap individu adalah unik dan berbeza, maka tidak adil jika kita memberi Cara Pengambilan Vitamin Shaklee secara sama rata. Setiap ibu memerlukan sukatan berlainan mengikut tahap kesihatan ibu-ibu.
Ibu hamil secara sihat dan bertenaga adalah impian semua ibu mengandung

Contohnya Ibu Hamil yang ada Diabetes Semasa Hamil tentulah sukatan Vitaminnya berbeza dengan Ibu Mengandung yang ada anemia. Betul tak ibu-ibu?
Cara makan & jadual exclusive akan disertakan berserta consultation dalam setiap pembelian melalui saya. :)
Jadi buat anda :

  • Para suami yang sayang isterinya dan bayi yang sedang berkembang dalam rahim isteri tercinta.
  • Ibu prihatin yang mahu memberikan yang terbaik buat bayi dalam kandungan yang ditunggu-tunggu kelahirannya.

Boleh hubungi saya secara personal 0139980486 atau zainornasrah@gmail.com untuk mendapatkan Harga Set Mengandung Shaklee.
EXTRA! TAWARAN MASA TERHAD:
VitaLea PERCUMA yang bernilai RM88.75.
WhatsApp kod: [HAMIL OHSEM] ke 0139980486 dengan kadar segera.
Terima kasih banyak-banyak kerana sudi membaca tulisan saya ini. Semoga semua ibu-ibu mendapat manfaat dan sedikit sebanyak pengetahuan buat ibu hamil. In shaa Allah, saya memberikan servis terbaik & pantas mengikut keperluan anda.
Salam sayang dari saya, semoga semua ibu hamil sihat & bertenaga sepanjang proses kehamilan. Hubungi saya serta merta untuk dapatkan khidmat nasihat khas buat anda ibu-ibu hebat!















*Kemaskini pada 23 Mei 2015.

Apa lagi yang kawan-kawan anda baca?